CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Minggu, 08 Maret 2009


KENAPA SUKAR HENDAK BERKOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA

Oleh: ZULKIFLI JALIL

Yanti tidak seperti dulu. Perlakuannya kini berbeza. Sejak berkawan dengan Amir, Suhaimi, Rita dan Liza, dia tak seperti sebelumnya. Balik sahaja dari sekolah, dia melenting. Ada-ada saja yang tak kena. Dari layanannya terhadap Imran dan Areen, dua adiknya hinggalah kepada soal makan. Bila buka 'tudung saji', lauk yang dihidangkan mamanya tidak lagi menjadi juadah kegemaran. Cara berbual, tidak lagi lemah lembut. Dengan adik-adik, jadi macam 'bahan bahasnya'. Mamanya hairan, mengapa anak sulungnya tidak lagi mesra dengannya. Cara bercakap kini banyak berubah daripada dulu. "Mama ni jangan sibuk-sibuk tanyakan hal Yanti, Yanti dah dewasa, tahulah Yanti jaga diri,', jerit Yanti.

Keluhan ini sering berlaku pada anak-anak remaja yang dalam peringkat mengasingkan diri daripada kawalan emak bapa. Pada pendapat Yanti, dia kini boleh berdiri dengan sendiri. Yanti sudah mempunyai nilai sendiri, idea-idea mamanya sudah dianggap kuno. Mama Yanti, Maryati tidak berani lagi untuk 'mempengarubi'. "Saya bimbang Yanti akan tersinggung. Saya hanya 'introducing' sahaja. Kalau ditolak, saya tak boleh buat apa-apa. Saya harus sedar bahawa saya sudah tidak boleh menyatakan "ini yang patut Yanti buat...kenapa tak boleh buat begini, begitu. Saya tidak boleh menyusun aturkan jadual hariannya itu.

Komunikasl semakin kecil

Kamu perlu ingat menjadi seorang ibu memang serba salah, bekerja di luar rumah, dianggap 'meninggalkan' anak. Tapi, bila anak-anak meningkat dewasa, mereka pun satu persatu 'meninggalkan' ibunya dan tak seorang pun yang ambil peduli soal ini.

Waktu kamu mulai dewasa, di antara kamu memang mula ada 'keretakan'. Kamu beranggapan sudah betulbetul berdiri di atas kaki sendiri, betulbetul leading themselves. "Saya sering berasa tidak ada gunanya lagi menasihatkan Yanti," kata Maryati.

Keinginan ibu untuk 'membelai' kamu, seperti ketika kamu masih kocil kerap datang mengusik. Ya, semacam kerinduan seorang ibu yang telah kehilangan si kecilnya yang dahulu begitu meminta perhatian. Sekarang? Sekarang, memanggil mereka dengan intonasi "sayang" sahaja, si anak sudah mula berasa rimas.

Kadang-kadang, saya masih cuba menyamakan anak saya seperti dulu. Saya belai rambutnya. Wah! mereka benar-benar protes. "Mama ni selalu anggap Reen anak kecil," kata Reen. La! itukan tanda sayang? Ya...tapi Reen kan sudah besar mak," ujar Reen lembut. "Saya kaget, masih sbock . Ala pegang kepalapun sudah tak boleh. Nanti apa lagi yang tak boleh? kata ibu Reen bersuara lantang.

Bukan sahaja pendekatan secara fizikal dan emosi yang kian berkurangan. Tapi dari segi wawasan pun, perbezaan itu semakin terasa. "Saya sekarang lebih moden dibandingkan mama papa. Baru cakap sikit, mereka sudah potong...Mama...kuno sikit," mungkin bisikan seorang anak.

Bahkan dalam menghadapi permasalahannya pula, anak sering berasa yakin bahawa ia boleh memecahkan masalahnya sendiri. Seandainya ibu berasa 'marah' melihat perlakuan anaknya itu, apa boleh buat, dia harus mampu menelan kembali keinginannya untuk 'mengusap' anaknya itu. Paling-paling tidak, sekadar beri pendapat. Itu pun, belum tentu diterima dan belum tentu tidak dianggap sebagai ikut campur tangan.

"Kadang-kadang anak saya pergi tanpa izin saya. Bagi saya ini sudah merupakan problem tersendiri. Ya! macam ketakutan pada seorang ibu. Rasanya masalah ini akan hinggap pada semna ibu, tanpa terkocuali. Seperti juga kata pepatah; kasih ibu sepanjang hayat, kasih anak sepanjang galah. Tapi bolehkah 'pertelingkahan' ini diperkecilkan.

Selama ini kita boleh menerima pertentangan mahupun keserasian. Sebagai suatu kewajaran, maka semuanya akan berjalan dengan baik. Saya kira semua itu bergantung daripada kedua belah pihak untuk meredakan keadaan. Jika kedua pihak ini menyedari perkara itu-untuk saling mengurangi egonya, semua akan berjalan dengan baik, kita akan saling memahami.

Bagaimana menjalln Bagaimana menjalln komunikasl dengan anak-anak yang seolah-olah tidak terbuka?

Sekarang kamu tahu kan bahawa orang tua kamu sering bingung, gelisah dan tidak mengerti yang kamu juga perlu diperlakukan dengan baik. Dan ternyata mereka juga ingin membuka komunikasi yang semakin pudar dengan kamu yang semakin meningkat dewasa. Tapi mereka pun ragu-ragu (Ada yang kata, khuatir kamu tidak mengerti)

Maka jangan berfikir bahawa ayah ibu selalu melarang kemahuan kamu. Kadang-kadang mereka pun tidak pasti. Misalnya, kamu mengajukan permintaan tertentu, mereka sering ragu-ragu untuk mengambil keputusan. Diizinkan, nanti membawa masalah. Tidak dibenarkan, nanti kamu akan bermasam muka. Bukan kerana mereka orang tua dalam erti usianya lebih tua daripada kamu, lalu mereka lebih pasti dalam segala hal, terutama dalam hal mendidik putera-puterinya. Kamu juga mengertikan, zaman berkembang terus sehingga para ayah dan ibu juga dituntut untuk menyesuaikan pendidikan di rumah dengan kemajuan di luar yang kadang kala mendesak.

Seperti juga kamu yang sering bingung menghadapi soal-soal matematik dan fizik di sekolah, mereka pun sering bingung menghadapi tingkah lakumu yang 'ajaib'. Sebenarnya, kuncinya cuma satu iaitu komunikasi. Sebagai remaja, kamu juga boleh aktif, tidak cuma menunggu orang tua untuk memulakan. Bertindaklah! ada yang tidak jelas, nyatakan dengan terus terang. Ada yang tidak kena, keluarkan. Ada yang menyedihkan, menangislah di depan ibu dan ayah. REMAJA yakin ibu akan menyediakan kertas tisu dan ayah akan menyediakan dadanya yang bidang.

Itu cuma lebih baik daripada kamu cuma duduk diam-diam sahaja, Jika semua kamu fikirkan dan selesaikan sendiri, paling teruk nanti kamu akan bertanyakan rakan yang belum tentu benar nasihatnya.

Pertanyaan-pertanyaan di atas mungkin tidak akan timbul jika sejak mula wujud komunikasi yang baik antara remaja dan orang tuanya. Anak lelaki yang sedikit ego mungkin pernah mempunyai masalah yang tidak dibicarakan secara terbuka, entah soal pemilihan sekolah atau soal hubungan kakaknya. Begitu pula si ibu yang mendapati ada gambar-gambar yang menjolok mata di bilik tidur anak bujangnya. Jika komunikasi di rumah tersebut berjalan, mungkin si ibu boleh menegur sambil lalu, "Eh...mengapa gambar-gambar begitu kamu lekatkan. Malulah ibu tengok.

Sayangnya hubungan remaja dan orang tua tidak ubah seperti orang berperang. Atau masing-masing punya fikiran begini di benaknya, 'dia pasti begini' Bertompoknya fikiran-fikiran hasil olahan otak masing-masing ini berlaku kerana tidak pernah dikeluarkan, makin lama makin banyak. Ibarat air di dalam cangkir yang diisi terus menerus tanpa pernah diminum, lama kelamaan pasti tumpah.

Sebaiknya, ciptakan situasi yang elok buat kedua-duanyanya. Elok buat kamu, baik juga buat orang tuamu. Misalnya jika ada apa-apa yang membimbangkan, rundingkan baik-baik. Walau bagaimana kesalnya hatimu, jaga kata-katamu agar segala yang keluar tetap berada dalam jalur kesopanan. Buat apa marah-marah sama orang tua sendiri? Akhirnya kamu juga kan yang punya perasaan tidak selesa.

Nah, kalau daripada pihakmu sudah ada kemahuan (dan tindakan) yang menunjukkan tanda-tanda keterbukaan, pasti dari pihak orang tua mudah untuk mengikutinya. Jadi, segala kegelisahan boleh diatasi.

0 komentar: