CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Minggu, 08 Maret 2009

TAMPIL YAKIN & BERSERI

Keengganan peragawati terkemuka Linda Evangelista, 30, menerima sebarang kempen kecantikan atau peragaan fesyen jika tidak dibayar lebih AS$10,000 sehari dianggap paling berani pada dekad ini.

Ada pihak yang menganggap Evangelista keterlaluan dan mata duitan. Tetapi, dilihat dari sudut positif, ia menggambarkan sikap tegas Evangelista. Dia tahu menilai bakat dan kemampuannya.

Tidak hairan Evangelista berjaya mengukir nama dalam dunia modeling seawal usia 17 tahun dan kini masih dibayar lumayan walaupun usianya sudah mencecah awal 30-an. Diakui bahawa Evangelista menggunakan kecantikannya sebagai tiket untuk menembusi dunia glamor ini. Tetapi, faktor utama kejayaannya ialah kerana sikap tegas dan yakin kebolehannya sendiri.

Menurut pakar psikoterapi dan pengarang buku Super Confidence, Gael Lindenfield, tidak ramai manusia yang berani menonjolkan sifat tegas mereka. Ia tertanam dalam diri seseorang hanya manusia bijak sahaja yang berupaya mencungkil ‘harta karun’ untuk dijadikan landasan kejayaannya.

Jika disorot kisah wanita yang menghiasi ruangan 'Jejak Jaya' Jelita, didapati bahawa sebahagian besar mereka dalam perniagaan atau kerjaya menggarap sifat tegas, yakin dan berani dalam perniagaan atau kerjaya.

Lindenfield menegaskan, sifat dalaman ini sebenarnya sangat penting kerana ia berupaya mencorak penampilan keseluruhan seseorang - membuatkan mereka berkarisma dan berwibawa. Menurut Lindenfield, wanita berpendirian tegas dan yakin akan kebolehan dirinya mudah dikenali. Antaranya:

  • Mereka sayang dirinya sendiri dan pendirian ini jelas terpancar melalui perbuatan serta pertuturan.
  • Mereka mengenali dirinya sendiri dan menghargai bakat dan kemampuannya.
  • Mereka memahami kehendak nalurinya sendiri dan tidak pernah menghadkan cita-cita serta impian mereka.
  • Sentiasa berfikiran positif justeru mereka tidak pernah kalut atau tertekan jika ditimpa masalah.
  • Bijak menyesuaikan kebolehan/bakat dalam apa jua keadaan.

Kesimpulan wanita yang yakin akan kemampuan dirinya mudah didampingi.

Misalnya, jika mereka ketua jabatan, mereka akan menjadi bos yang disenangi kerana:

  • Semua pihak berasa selamat di sisi wanita yang berfikiran positif dan tidak hipokrit.
  • Mereka tidak suka menindas / menghina orang lain semata-mata untuk menunjuk kuasa.
  • Mereka sentiasa menghiupkan semangat agar semua kakitangan bersifat positif dan yakin kebolehan dirinya demi pembangunan
  • Mereka tidak menganggap diri mereka sangat hebat, sebaliknya menerima hakikat bahawa setiap manusia ada kelemahan masing-masing dan mungkin melakukan kesilapan
  • Mereka sentiasa cergas, ceria dan bekerja dengan penuh semangat kerana tidak suka mensia-siakan keringatnya.
  • Raut wajahnya tenang terpancar dari hati dan jiwa yang lapang kerana mereka bijak menguasai keadaan.
  • Mereka sentiasa berpendapat masalah bukan untuk ditangisi, tetapi ditangani.

Wanita penakut sering kalut

Berbeza dengan wanita tegas dan yakin wanita yang tidak berpendirian tegas sentiasa 'takut-takut'. Sikap negatif ini mudah dibaca melalui pertuturan dan perlakuan mereka. Apabila bercakap mereka tidak berani bertentang mata dan tidak pandai memberi pendapat yang bernas Ada kala, mereka mempunyai idea bagus, tetapi tidak berani meluahkannya, bimbang diketawakan.

Rasa tidak yakin juga menyebabkan mereka sentiasa tampak resah. Cara berpakaiannya ala kadar kerana mereka tidak berani menggayakan fesyen lebih menarik walaupun sebenarnya ia sesuai dengan personaliti mereka.

Kata Lindenfeld, rugi menjadi wanita penakut kerana:

  • Mereka sentiasa berasa disisih masyarakat dan kesunyian.
  • Mereka sentiasa ketakutan dan lemah.
  • Pemikiran dan jiwa sentiasa terseksa dan tertekan, menyebabkan kecergasan fizikalnya turut terjejas.
  • Mereka sentiasa berasa diri tidak berguna dan kehadirannya di sisi masyarakat tidak dihargai.
  • Mereka sentiasa berasa bersalah dan sering menghukum dirinya sendiri.
  • Tidak berani mencuba kerana yakin bahawa ia pasti gagal.
  • Mereka sentiasa berasa tertekan.
  • Sering keliru.
  • Tiada matlamat hidup kerana percaya ia tidak mungkin tercapai.

Takut menghadapi kenyataan

Menurut Lindenfield, sebenarnya wanita yang tidak berani menyerlahkan sifat yakin, tegas dan berani pernah melalui peristiwa atau pengalaman yang tidak menyenangkan. Misalnya, mereka pernah bersahabat dengan wanita lantang bersuara untuk menegakkan hak sehingga dikutuk dan dipulau masyarakat.

Lindenfield berpendapat, bersifat tegas tidak semestinya berlagak atau ‘bossy'. Masalah ini wujud kerana masyarakat terkeliru dan masih tidak tahu membezakan antara wanita tegas dan wanita sombong. Lindenfield menjelaskan bahawa wanita yang yakin kebolehan diri dan bersifat tegas sebenarnya:

  • Tidak suka mengarah orang mereka hanya menonjolkan kebolehan atau menyuarakan pendapat jika merasakan ia dapat membantu menyelesaikan masalah
  • Tidak mementingkan dirinya sendiri kerana sedar bahawa jika mereka merasakan ia dapat membantu orang lain atau mengubah keadaan, mereka perlu mengubah sikap, berfikiran positif dan cergas
  • Tidak suka tunjuk pandai tetapi gemar memberi pendapat jika ia berupaya mengubah keadaan negatif menjadi positif
  • Mereka juga tidak berniat memulau masyarakat walaupun gemar menyendiri kerana yakin boleh menyelesaikan tugas/masalah tanpa bantuan. Mereka hanya bergaul dengan masyarakat apabila diperIukan sahaja.

Semua manusia mewarisi keyakinan diri

Lindenfield menegaskan bahawa semua manusia lahir dengan tahap keyakinan dirinya tinggi. Buktinya bayi tidak pernah meragui hak mereka untuk makan, minum, dibelai dan dikasihi. Misalnya, apabila perut berasa lapar, mereka akan menjerit sekuat hati minta disusukan.

Bagaimanapun, semakin meningkat dewasa, tahap keyakinan diri kita akan semakin berkurangan kesan pelbagai pengalaman pahit yang perlu dilalui. Ia benar-benar mencabar kekuatan diri. Antaranya:

  • Sikap ayah dan ibu kadang-kadang, ada ibu bapa yang tidak menyayangi anak mereka sepenuh hati akan mengamalkan sikap pilih kasih.
  • Kedudukan anda dalam keluarga mungkin anda anak tunggal yang terlalu dimanjakan atau anak sulung yang dipertanggungjawabkan untuk membimbing adik-adik. Kesannya, anak tunggal kesayangan kurang keyakinan diri kerana semua kehendak dan keperluan disediakan oleh ibu bapa, manakala anak sulung pula cepat dewasa dan matang.
  • Sikap adik-beradik mungkin anda hilang keyakinan diri kerana sering dibuli abang dan kakak.
  • Sikap guru mungkin anda bukan pelajar kesayangan serta sering dimarahi guru walaupun kerana kesalahannya kecil. Keadaan ini menyebabkan anda sentiasa tertekan.
  • Kawan-kawan anda sering dibuli dipulaukan atau diperguna oleh kawan-kawan menyebabkan anda berasa rendah diri, lemah dan terpinggir.
  • Pengalaman pahit atau ngeri - mungkin anda pernah didera, sama ada fizikal atau mental, menyebabkan anda sering dihantui rasa takut, bersalah atau tidak berguna.

Adakah kita boleh berubah?

Lindenfield menegaskan, _ tiada perkara yang mustahil _ dan tidak boleh diubah. seandainya anda menyedari tahap keyakinan diri terlalu rendah, _ cuba kenal pasti puncanya dan cari jalan penyelesaian terbaik. Usah dibiarkan diri ketinggalan. Tidak mudah mengubah keadaan negatif kepada positif. Anda perlu gigih berusaha. Antaranya:

  • Kepercayaan percaya kita kuat dan boleh berubah. :
  • Motivasi Sentiasa beri perangsang kepada diri sendiri untuk meningkatkan semangat.
  • Fahami diri sendiri Anda perlu tahu batas kekuatan diri/minda.
  • MatlamatPastikan setiap tindakan ada matlamat dan ia perlu berlandaskan kenyataan.
  • Latih-tubiUsah lokek mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat dengan melatih diri melakukan/memikirkan perkara yang positif.
  • SokonganPastikan tindakan anda mendapat sokongan positif/betul daripada keluarga atau kawan-kawan.
  • AnugerahPastikan diri anda dapat merasai nikmat hasil perubahan dilakukan.

Keyakinan menyerlahkan personaliti menarik

Semua wanita mahu dilihat cantik. Justeru, mengapa tidak mencuba petua Lindenfield ini untuk membina keyakinan diri.

0 komentar: